Thursday 16 August 2012

Sistem perdagangan sekolah yang memudahkan data entry

Memudahkan data entry untuk Guru dan ahli koperasi sekolah. Hanya SATU klik untuk memasukan semua pelajar ke dalam sistem koop. Seluruh anggota sekolah adalah pelanggan yang berpotensi membeli dari koop.

Sistem perdagangan ini menyimpan maklumat senarai produk dan harga runcit dan harga pembekal dan juga  pesanan pelanggan dan purchase order, mengeluarkan resit dan purchase order dengan sistematik .

Mengumpul semua pesanan produk yang sama untuk membolehkan bulk purchase yang dapat memdapatkan harga borong dari pembekal.

Sistem Perdagangan ini mengandungi 10 modul besar yang memenuhi ciri-ciri
sistem perdagangan berkomputer. Ciri asas seperti keselamatan data, kata laluan, backup
dan pengurusan sistem juga disediakan.







Trading atau perdagangan ini adalah aktiviti orang tengah yang mengaut keuntungan dari menguasai pasaran. Sedangkan pengguna atau pembeli yang membayar kos dan keuntungan itu.
Dengan adanya koperasi, pengguna atau pembeli dapat mengutip keuntungan dari segi kuasa beli yang lebih besar dan berkongsi keuntungan dagangan. Dalam sistem perdagangan ini koperasi tidak menyimpan stok atau inventori tetapi mengambil pesanan dari ahli/pelanggan sebelum membuat purchase order dari pembekal yang telah dikenalpasti.